Terima kasih kepada Dr. Izad dan kepada pihak-pihak yg sewaktu dengannya kerana mengambil inisiatif terhadap masalah seperti ini.
Banyak pertanyaan saya terima daripada rakan-rakan yang ingin menganjurkan pendakian ke Gunung Kinabalu, namun tidak tahu di mana harus bermula atau kepada siapa harus dihubungi. Saya pasti masih ramai lagi individu yang berminat untuk mendaki gunung tersebut namun, atas kesukaran-kesukaran yang dihadapi serta kos yang tinggi, menyebabkan meraka membatalkan impian baik itu.
Pihak SSL perlu meningkatkan promo serta pengurusan mereka kerana tindakan atau improvement kecil ini mampu mengubah nama Sabah ke mata dunia dan lebih ramai lagi pelancong datang ke Malaysia untuk ke Sabah (untuk mendaki gunung atau melancong). Maka, ekonomi kita juga bertambah baik

Tidak dinafikan bahawa publisiti serta usaha yang dilakukan oleh beberapa badan agensi lain termasuk pihak Dr. Izad banyak membantu dalam penjanaan sektor pelancongan di Sabah

Terima kasih atas usaha-usaha tersebut..